PENGENALAN HADIS
PENGERTIAN HADIS
Hadis pada bahasa bermaksud baharu atau khabar atau berita.Pada istilah pula bermaksud ucapan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifat yang disandarkan kepada Rasullah S.A.W.
HADIS SUMBER HUKUM KEDUA
Hadis sebagai sumber hukum kedua berperanan menjelaskan dan menghuraikan Al-Quran. Dengan adanya hadis, Syariat Islam dapat difahami secara lebih mendalam. Akidah akan rosak sekiranya menolak hadis.
SYARAT PERAWI HADIS
Perawi ialah orang yang menerima dan menyampaikan hadis daripada Rasullah S.A.W. 7 syarat perawi hadis iaitu Islam, berakal, baligh, adil, kuat hafazan, menjaga tulisan, waspada. Syarat-syarat itu membuktikan bahawa sesuatu hadis itu diterima atau ditolak setelah dikaji dan dibuat penilaian dalam segenap aspek dengan terperinci.
0 comments:
Post a Comment